BULETIN 
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JAAFAR
 
ke MENU UTAMA  ||    Sejarah Sekolah    ||    Organisasi    ||    PIBG    ||   Buletin
Hai.Nama saya Arnab.Saya cergas,cerdas dan pantas.Ikut saya...

SUKAN#S

MAJLIS KERAMAIAN#MK

AKTIVITI KO KURIKULUM#KK

AKTIVITI KURIKULUM#K

AKTIVITI PANITIA#P

LAWATAN#L
 
 
 
Sukan Sekolah 
Sukan sekolah SKTTJ telahpun diadakan pada 1999 yang lalu.Memandangkan sekolah ini menumpang bersama dengan SK. Taman Sri Mawar , maka penggunaan padang adalah terhad dan perlu penyelarasan yang rapi.Walau bagaimanapun , sukan yang telah diadakan berjalan dengan baik dan lancar hasil daripada kerjasama dan pemuafakatan antara  semua guru , penjaga dan pihak swasta . 
Ketika itu , SKTTJ hanya mempunyai murid -murid dikalangan Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja. 
Pada Tahun 2000 ini , murid-murid SKTTJ terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 5. Berdasarkan kepada perancangan awalnya , berkemungkinan  Sukan SKTTJ pada tahun 2000 akan diadakan di Stadium Tengku Abdul Rahman , Paroi , Seremban.
Majlis Keramaian 

Pada Tahun 1998 , terdapat berbagai aktiviti keramaian yang diadakan melibatkan semua guru dan penjaga/ PIBG. 
Antaranya ialah majlis sambutan Maulidur Rasul , Majlis Anugerah Kecemerlangan , Sambutan Hari Guru , Sambutan Hari Kanak-Kanak , Hari Kantin dan lain-lain lagi.

Aktiviti Ko-Kurikulum 

SKTTJ mengadakan aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari sabtu dari 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. 
Pelbagai aktiviti dijalankan. Ian merangkumi aktiviti dari permainan , Badan Beruniform , Seni Mempertahankan Diri dan Persatuan.

Aktiviti Kurikulum 

SKTTJ dijalankan pada sessi petang.Oleh kerana Tahap 1 mempunyai masa yang berbeza waktu pulang dengan Tahap 2 , maka dijalankan satu sessi bimbingan dan pemulihan kepada murid-murid yang lemah di dalam pelajaran.Aktiviti ini dijalankan sertiap hari selama 30 minit. 
 

Aktiviti Panitia 

Panitia-panitia matapelajaran sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti setiap minggu. 
Antaranya ialah Pertandingan melukis, Kuiz , Lakonan dan lain-lain lagi. 
Panitia juga akan mengadakan mesyuaratnya untuk mengkaji kelemahan dan mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam pelajaran.Selain itu juga , guru-guru akan mengadakan perbincangan untuk mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran masing-masing.Sebarang kelemahan atau masalah yang dihadapi akan diatasi bersama melalui panitia-panitia matapelajaran.

Lawatan 

Pada Tahun 1999 , SKTTJ hanya mengadakan satu lawatan sahaja . Ini adalah kerana memandangkan murid-murid SKTTJ terdiri daripada pelajar-pelajar Tahap 1 dan masalah pengangkutan yang dihadapi dikalangan murid dan penjaga. 
SKTTJ hanya mengadakan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

  sila baca berita terkini ....